Langkah-langkah untuk pembelian tiket online

*Langkah-langkah ini adalah untuk pembelian tiket online, contoh dibawah adalah pembelian melalui Smartphone. Cara ini juga adalah sama jika anda beli melalui komputer.

*Contoh langkah dibawah adalah untuk pembelian tiket WaterWorld untuk seorang dewasa.

1) Taip ‘icity’ di google.

2) Klik pada pilihan pertama.

3) Setelah sampai di laman utama i-City, Klik butang ‘Menu’ di atas.

4) Klik butang ‘Buy Ticket’ untuk melihat senarai produk.

5) Klik pada pilihan permainan yang anda inginkan.

6) Anda boleh membuat pilihan dengan mengubah pada kuantiti dan produk pilihan anda dan klik butang ‘Add to cart’.

7) Klik butang ‘View Cart’ untuk melihat permainan yang anda telah senaraikan dan pastikan anda memilih kuantiti dan produk yang betul.

8) Setelah anda pastikan kuantiti dan produk yang anda ingin beli, tick pada kotak terma dan syarat untuk memastikan anda setuju dengan terma dan syarat pembelian tiket online, seterusnya klik butang ‘Add to cart’ untuk meneruskan pembelian anda.

9) Pastikan anda mengisi maklumat e-mail yang sah dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan. Seterusnya, klik butang ‘continue payment method’.

10) Klik butang ‘complete order’ dan anda akan masuk ke laman sesawang ‘Molpay’ untuk meneruskan pembayaran melalui perbankan internet.

11) Klik butang ‘Payment options’ untuk memilih pembayaran menggunakan perbankan internet. Untuk pembayaran melalui Credit/Debit card boleh klik Visa mastercard. Untuk perbankan online seperti Maybank2u, Cimb Cliks dan lain-lain boleh klik FPX.

12) Akhir sekali, klik ‘Pay online’ untuk teruskan pembayaran anda.