Bulan puasa ni, mesti best berbuka bersama seluruh keluarga kan, lagi ramai lagi best bukan? Dan mesti sekarang ni tertanya-tanya, tempat berbuka di area shah alam yang paling menarik buat seisi keluarga. Jadi, saya syorkan, apa kata pergi ke Central Mall i-City. Salah satu tempat yang tengah top sekarang ni. Nak tahu kenapa?
Haa! Untuk pengetahuan anda, Central Mall i-City ni baru sahaja dibuka. Dekat sini, pelbagai pilihan makanan menarik untuk berbuka puasa. Tak perlu pergi ke KL pun.. Disini hampir lebih 77 buah restoran yang menarik dari masakan ala Melayu, Barat, Korea, Jepun, Thailand dan sebagainya. Tak percaya? Klik disini untuk tahu lebih lanjut. Bukan itu sahaja, Central Mall i-City ni dia ada bridge connected, eh maksud saya bersambung dengan centralWalk yoouuu all. Mesti tak tau kan, kebingungan tertanya tanya, centralWalk tu apa??
Buat family dan kawan kawan yang nak buka puasa tu, bila ke Central Mall i-City, singgah lah sekali ke centralWalk. Sebabnya, bila dah buka puasa tu, lebih elok jika selepas buka puasa kita beriadah. Bukan selalu kan, lagi pun bila disiang hari kan penat dan cuaca pun panas. Jadi, Ini lah masanya, kita beriadah bersama keluarga, dan gandakan keseronokan berbuka puasa dengan orang yang tersayang di i-city. Tangkap gambar, beriadah, dan luangkan masa anda. Bukan apa, benda boleh pergi yang dekat untuk beriadah dan buka puasa, buat apa nak pergi yang jauh kan ;) Hehehe! jadi, bawah ni antara ideas untuk korang beriadah selepas berbuka puasa di i-city.
1. Central Walk
Kat sini, boleh datang tangkap gambar and main game bersama rakan rakan dan seisi keluarga. Antara pilihan menarik adalah, Red Carpet 2, Snow Village, Darts, Winchester, Bowl America dan Circuit De Monaco.
2. City Of Digital Light
Selain dari pada itu, setelah meluangkan masa beriadah di centralWalk, korang juga boleh la bawak seisi keluarga dan rakan rakan untuk bermain di City of Digital Light, bukan itu sahaja, pemandangan yang cantik dengan penuh warna warni jugak sesuai untuk bergambar!
3. Snowalk & Ferris Wheel
Akhir sekali, Snowalk dan Ferris Wheel juga salah satu kegemaran orang ramai untuk meluangkan masa setelah berbuka puasa. Bukan selalu masuk Snowalk kan? dan bagi Giant Ferris Wheel pula, korang boleh menikmati pemandangan dari atas tau. Jadi, ambil peluang ini bersama rakan-rakan atau seisi keluarga untuk beriadah di i-City! Click Disini untuk lebih info!