Pertempuran Salji Pertama Anwar di SnoWalk i-City



Masih belum terlambat bagi sesiapa sahaja untuk merasai pengalaman ‘snow fight’ pertama termasuklah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Di i-City Shah Alam, Dato’ Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersama belia untuk meraikan Hari Kemerdekaan ke-61 di tempat paling sejuk di Malaysia, SnoWalk i-City. Beliau berada di i-City untuk alami tarikan-tarikan utama seperti SnoWalk dan Red Carpet 2. Beliau juga akan menyambut malam ambang kemerdekaan di sini. 

     Sebagai rakyat Malaysia, 31 Ogos bukan sahaja satu tarikh pada kalendar dan ia bukanlah hanya nombor semata-mata, ia merupakan tarikh peristiwa bersejarah, iaitu Hari Kemerdekaan Malaysia. Sambutan kali ke-61semestinya menjadi satu titik bersejarah kerana, bukan hanya meraikan Hari Kemerdekaan tahunan, tetapi juga turut meraikan ‘Malaysia Baru’. Ia akan menjadi satu sambutan epik dan malam yang amat bermakna di i-City. Selain tarikan-tarikan i-City , terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan buat pengunjung yang datang seperti ‘Sky Lantern’, tarian naga dan singa, ‘food truck’, ‘cosplay’, persembahan api dan banyak lagi.

     SnoWalk, taman tema salji pertama di Asia Tenggara memberikan pengalaman musim sejuk dengan suhu di bawah 5 darjah Celsius. Ia merupakan tarikan utama di i-City, Shah Alam. Cuaca yang panas melampau pasti diatasi dengan lawatan ke SnoWalk. Pihak i-City juga menyediakan kemudahan jaket dan but secara percuma demi kemudahan para pengunjung. Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke SnoWalk baru i-City hari ini dan anda berpeluang mengalami ‘snow fight’ seperti Dato 'Seri Anwar Ibrahim.

Anda boleh mendapatkan promosi SnoWalk di sini:  http://bit.ly/2C2Z5Ly