9 Etika Taman Tema Yang Anda Wajib Tahu

Ramai orang melawat taman tema untuk menikmati tunggangan dan hiburan. Demi keseronokan semua orang, kita haruslah belajar dan mengamalkan etika-etika taman tema berikut.


1) Rancang perjalanan anda sebelum tiba.

  • Muat turun dan cetak peta taman tema supaya anda dapat merancang laluan anda serta memilih tunggangan yang anda ingin pergi. Merancang sebelum lawat dapat menjimatkan masa anda agar tidak bertembung dengan perjalanan orang lain. 
  • Ade sesetengah taman tema seperti Disney menawarkan peluang khas untuk masuk ke taman tema sejam lebih awal daripada orang awam. Anda boleh dapatkan peluang ini jika anda telah beli pas khas yang disediakan ataupun menginap di hotel eksklusif mereka. 


2) Mematuhi kod pakaian yang bersesuaian.

  • Kebanyakan taman tema mempunyai kod pakaian termasuk memakai kasut sepanjang masa dan memastikan pakaian tidak mempunyai mesej yang menyinggung perasaan.
  • Jika taman tema yang dilawati mempunyai taman tema air, sila membawa baju tambahan supaya anda tidak berjalan merata-rata tempat dengan pakaian basah.
  • Memastikan pakaian anda telah kering sebelum menaiki tunggangan kering agar tidak membasahkan tempat duduk. Tiada apa-apa yang lebih buruk daripada menunggu dalam barisan dan duduk di tempat duduk lembab, kerana orang yang sebelum anda telah basahkan tempat duduk.


3) Mengamalkan minda "mesra keluarga" apabila pergi ke taman tema.

  • Semua taman tema telah dikembangkan selama bertahun-tahun dengan tujuan untuk melayan keluarga-keluarga yang lawat. Kenali tunggangan yang anda akan nikmati dan bertimbang rasa terhadap orang lain yang menikmati permainan yang anda mungkin berasa terlalu matang untuk bermain.
  • Kawal penggunaan bahasa anda di sekitar orang awam. Semasa berseronok dengan kawan-kawan anda, sila mengelak daripada mengunakan perkataan tidak senonoh terutamanya dalam barisan giliran, kerana kanak-kanak mungkin meniru perkataan anda.
  • Sila bertanya jika taman tema tersebut mempunyai tempat merokok khas kerana tempat terbuka tidak bermaksud anda dibenarkan untuk menyala rokok. Pendedahan kepada asap rokok bukan sahaja menyebabkan masalah kesihatan bagi orang lain, tetapi juga satu gangguan di taman tema. 


4) Perhatikan anak-anak anda dengan rapat.

  • Taman Tema adalah tempat menarik untuk kanak-kanak, tetapi bukan taman permainan peribadi mereka. 
  • Ajar anak anda untuk menunggu dengan sabar di barisan ataupun bermain permainan tangan dengan mereka. Jangan benarkan anak anda berayun dari tiang, atau berlari di sekitar tempat.
  • Memegang tangan mereka sepanjang masa. Semasa berjalan ke tunggangan, langkah keselamatan haruslah diambil untuk mengelakkan anak anda daripada melanggar orang tua, kereta bayi, orang dewasa, serta hilang daripada ibu bapa.


5) Tempat laluan adalah seperti jalan raya.

  • Jika anda tiba-tiba berhenti untuk melihat peta, mengambil gambar, atau melihat di belakang untuk mencari ahli keluarga atau kawan, anda juga akan mengganggu orang awam.
  • Elak menggunakan seluruh tempat laluan untuk keluarga anda sendiri sahaja. Amalan pegang tangan antara ahli keluarga adalah biasa tetapi anda harus memecah kepada beberapa kumpulan kecil supaya orang lain dapat melalui tempat jalan jika ahli keluarga banyak. 
  • Sila elak daripada melihat telefon bimbit anda semasa berjalan kerana anda akan terlanggar dengan orang lain. 
  • Jangan bergegas ke permainan kegemaran anda. Perbuatan mengayun tangan anda secara tidak sengaja atau menginjak-injak ke atas seseorang mestilah dielakkan.


6) Tutupkan flash kamera anda.


Flash kamera mungkin menjejaskan pekerja yang terlibat dalam persembahan.


7) Mengutamakan kebersihan diri.

  • Semasa cuaca panas, bau badan anda mungkin akan mengganggu orang lain.
  • Jika anda tinggal di hotel berdekatan, anda boleh balik masa tengah hari untuk mandi dan bertukar baju agar anda berbau segar kemudian.
  • Jangan menggunakan minyak wangi ataupun semburan badan secara berlebihan. 


8) Elak mengeluh tentang harga.

  • Taman tema mempunyai harga yang lebih tinggi bagi cenderahati, makanan, dan minuman.
  • Kebanyakan taman tema membenar anda membawa botol air anda sendiri. Anda juga boleh merancang untuk makan di restoran luar sebelum memasuki taman tema.


9) Bersama kumpulan anda semasa di barisan.


Pemotongan garisan memberikan kesan negatif terhadap orang di belakang yang sedang menunggu dalam barisan. Terdapat perbezaan yang besar antara "menjimatkan" ruang untuk seseorang yang secara fizikal tidak dapat berdiri untuk jangka masa yang panjang dan "menyelamatkan" ruang untuk orang yang mahu menyertai rakan dan keluarga mereka.


Share this post