PERADUAN BELI, JIMAT DAN MENANG

PERADUAN BELI, JIMAT DAN MENANG

Sila baca Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, anda dianggap telah menerima Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan bahawa anda bersetuju mematuhinya. Jika anda tidak menyetujui terma-terma dan syarat-syarat ini, anda tidak harus menyertai Peraduan ini. Penganjur berhak meminda Terma-terma dan Syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.

1) Cara penyertaan adalah seperti berikut:

Langkah 1: Beli mana-mana pakej taman tema yang telah ditetapkan dari website iticket.i-city.my

Langkah 2: Setiap pakej yang dibeli dikira sebagai satu penyertaan. Lebih banyak pakej yang dibeli, peluang untuk memenangi hadiah adalah lebih tinggi.

Langkah 3: Hantarkan bukti pembelian dengan menghantar Private Mesej ke Facebook Page ‘i-City Leisure’ dengan Order Number anda (4 digit) untuk layakkan penyertaan anda.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi / mesej kami di talian : 012 340 8952(Isnin - Jumaat) 10pg - 5ptg (kecuali cuti umum).

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan
2. Untuk menyertai Promosi ini, peserta perlu membeli pakej taman tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur seperti berikut:
o WaterWorld = 1 point
o Snowalk = 1 point
o All Day Happy = 5 point
o Red Carpet (2 TO GO) = 5 point

Tempoh Promosi
3. Promosi ini akan berlangsung mulai 12 Februari 2018, jam 0:00:00 hingga 25 Februari 2018, jam 23:59:59 malam ["Tempoh Promosi"]. Pihak Penganjur berhak membuat sebarang pindaan ke atas Tempoh Promosi pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua pembelian selepas 31 Januari 2018 tidak layak dalam promosi ini.

Hadiah-Hadiah Promosi, Pemilihan Pemenang dan Pengumuman Pemenang
4. Jadual hadiah-hadiah keseluruhan tempoh promosi seperti berikut dan pemenang hadiah promosi akan ditentukan seperti berikut:
Jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan adalah RM 5,800 (Lima Ribu Lapan Ratus Ringgit Malaysia sahaja). Pecahan hadiah adalah seperti berikut:
o Hadiah Utama - 10 x All Day Happy Package dengan jumlah nilai RM 3,000
o Hadiah Pertama - 15 x Red Carpet 2 dengan jumlah nilai RM 1,500
o Hadiah Kedua - 20 x Snowalk dengan jumlah nilai RM 700
o Hadiah Ketiga - 30 x WaterWorld dengan jumlah nilai RM 750

Maklumat & Kelayakan
5. Promosi 'BELI, JIMAT & MENANG' ["Promosi"] ini dianjurkan oleh i-City Travel Sdn. Bhd. ["Pihak Penganjur"] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 dan ke atas yang mempunyai MyKad yang sah pada 12 Februari 2018 ["Peserta"].
6. Individu daripada golongan berikut tidak layak menyertai Promosi ini:
o Kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan yang berkaitan dengannya] serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
o Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat penyertaan, facebook, pengiklanan dan/atau promosi pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].
o Individu-individu yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu, pengedar dan berkaitannya].
7. Peserta boleh beli seberapa banyak pakej yang dikehendaki untuk meningkatkan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah.
8. Pemenang akan dipilih oleh pihak penganjur selepas tempoh promosi dan senarai pemenang akan ditunjukkan di Facebook Page ‘i-City Leisure’ pada 2 Mac 2018.
Kriteria Pengadilan
9. Keputusan pengadilan / pihak penganjur adalah muktamad, terikat dan tidak berhak dipertikaikan. Sebarang bantahan dan/atau aduan melalui apa jua medium tidak akan dilayan.

Notis Pemenang
18. HANYA para pemenang sahaja yang akan dimaklumkan melalui cara notifikasi sepertimana di bawah:
o Emel
o Facebook PM
o Facebook Post di Facebook Page ‘i-City Leisure’
19. Penganjur akan menghantar kesemua hadiah sebelum 31 Mac 2018. Pemenang yang tidak mendapatkan hadiah sebelum 31 Mac 2018 tidak boleh dapatkan hadiah selepas hari tersebut.
20. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang yang gagal mengikut prosedur promosi seperti yang ditetapkan oleh pihak Penganjur. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya notis pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau atas kelewatan penghantaran notis kepada pemenang yang di luar jangkaan pihak Penganjur.
21. Nama-nama pemenang akan diumumkan di laman web atau di mana-mana medium yang lain yang dianggap sesuai oleh pihak Penganjur. Jika berlaku situasi di mana pemenang tidak menerima sebarang notifikasi, notifikasi yang disiarkan di laman web atau di mana-mana medium yang bersesuaian bagi pihak Penganjur dianggap memadai dan mencukupi. Sebarang alasan oleh pemenang yang tidak menerima sebarang notifikasi tidak akan dilayan sama sekali oleh Pihak Penganjur untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah.
22. Pihak Penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk mengendalikan proses pengesahan para pemenang Promosi serta bagi tujuan penghantaran hadiah-hadiah.

Hak Pihak Penganjur
25. Pihak Penganjur juga tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap:
o sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam makluman para pemenang promosi), perkara yang tidak dimasukkan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian, kemusnahan, pindaan, atau akses tidak sah kepada penyertaan, atau penyertaan yang hilang atau tertunda, sama ada timbul semasa operasi atau transmisi atau sebaliknya disebabkan oleh fungsi server, virus, pepijat atau sebab-sebab lain yang di luar kawalannya.
o Promosi ini disediakan mengikut keadaan "sedia ada". Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat mana-mana penyertaan yang hilang, lewat atau tidak dapat diserahkan atas apa jua sebab sekalipun selain daripada kecuaian tunggal di Pihak Penganjur. Bukti penghantaran penyertaan tidak dianggap sebagai bukti penyertaan tersebut telah diterima.
o Sebarang pertikaian yang berpunca atau berkaitan dengan terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada budi bicaradan keputusan muktamad pihak penganjur.
o Pihak Penganjur dan penaja-penajanya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat penyertaan yang tidak betul atau tidak tepat, samada berpunca daripada para pelanggannya atau oleh mana-mana peralatan atau pengaturcaraan yang berkaitan dengan atau digunakan dalam promosi ini atau disebabkan sebarang kesilapan teknikal atau manusia yang mungkin berlaku sewaktu pemprosesan penyertaan dalam Promosi ini.
26. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan para peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian sah.
27. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah promosi dengan hadiah yang lain tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai.
28. Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam promosi ini. Peserta dan pemenang bersetuju untuk melepaskan pihak Penganjur dan agensinya dari sebarang tuntutan samada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan jiwa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.
Publisiti
29. Penyertaan dan penerimaan hadiah menandakan keizinan diberi kepada pihak Penganjur dan agensinya untuk menggunakan nama dan/atau foto peserta untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau pemasaran tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.

Pematuhan kepada Terma & Syarat Promosi
30. Di samping Terma dan Syarat ini, segala syarat dan kaedah untuk penyertaan dalam Promosi ini seperti yang dinyatakan adalah turut terikat kepada semua Peserta dan penyertaan mereka dalam Promosi ini.
31. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan yang melibatkan Terma dan Syarat ini dengan mana-mana terma yang terkandung dalam sebarang bahan promosi Promosi ini, terma yang terkandung di laman sesawang iticket.i-city.my akan digunapakai.
32. Dengan menyertai Promosi ini, Peserta dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang terkandung di sini serta akan mematuhi segala dan/atau sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur.
Perubahan kepada Terma & Syarat
33. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat Promosi ini tanpa memberi notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan Para Peserta adalah terikat kepada perubahan sedemikian.

Penggantungan
34. Pihak Penganjur juga berhak untuk membatal, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Promosi ini sekiranya berlaku keadaan tidak diduga yang di luar kawalan munasabahnya.
Perlindungan Data
35. Dengan mengambil bahagian di dalam pertandingan ini dan/atau membekalkan data peribadi anda kepada Pihak Penganjur, anda menjamin dan menyatakan bahawa anda telah membaca dan memahami Polisi Privasi yang dilampirkan pada Terma dan Syarat ini dan anda telah bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh Pihak Penganjur menurut Polisi Privasi tersebut. Anda bersetuju untuk ganti rugi, membela dan mempertahankan Pihak Penganjur terhadap sebarang kerugian, ganti rugi, kos, tuntutan, tindakan, atau liabiliti yang berlaku disebabkan oleh perlanggaran jaminan yang dinyatakan di atas.
36. Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi Peserta dengan selamat, dan memerlukan pemproses data pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Sila ambil perhatian, bagaimanapun, pihak Penganjur boleh mengemukakan data peribadi Peserta jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau dengan waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.