Benda yang paling BEST dalam dunia adalah MAKANAN!
Tapi perkara paling susah nak decide bila keluar dating adalah nak cari tempat makan? Kadang tu kereta dah gerak tapi masing-masing tak tahu nak makan kat mana?
Samaada korang masih buntu tak tahu nak makan mana?
Nah! Untuk korang yang berada di Shah Alam atau yang sanggup nak kesini demi semata-mata untuk dapatkan makanan FAVOURITE korang!
Ini adalah 5 Tempat Makan yang PALING PADU dan MURAH tau.
1) Bert’s Cafe
Bagi peminat tegar butter chicken, bawa pasangan korang untuk makan BUTTER CHICKEN kat sini. Superb habis! Harga sangat berpatutan. Rasa die pedas-pedas manja sikit tapi memang nice giler. Pasangan korang yang suka pedas memang WAJIB try makan sini.
Lokasi : 36, Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam, Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: Setiap Hari dari pukul 11 pagi sehingga 11 malam
2) Restoran Hatinie
Siapa suka makan makanan Terengganu dan Kelantan seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu. Kuah kari ikan kat sini memang sedap. Ikan tongkol disini sememangnya lembut jer.
Lokasi : 18 &, 20, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari dari pukul 7.30 pagi sehingga 11 malam
3) Ayam Penyet Padang Jawa
Port terbaik nak makan murah dan budget dengan pasangan korang. Memang kat sini. Yeah!, paling best korang boleh cedok nasi ikut kuantiti yang korang nak. Rasa ayam penyet, keli goreng dan sambal belacan dia, perghhhh superb teruk!
Lokasi : Jalan Berangan, Kampung Padang Jawa, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari dari pukul 11 pagi sehingga 5 petang
4) Nasi Kukus Malaya Ayam Cincang
Antara menu terbaik yang korang boleh cuba juga adalah nasi kukus. Shah Alam ni memang femes dengan nasi kukus tapi nasi kukus kat sini sangat sedap. Murah pun murah dan berbaloi sebab ayam dia memang banyak. Tak percaya boleh tengok review pelanggan sebelum ni.
Lokasi : Jalan Plumbum U 7/U, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah malam
5) Karnivor Malaya
Ini port baik yang korang dan pasangan boleh lepak santai makan smoke beef area Shah Alam. Perghh daging memang lembut dan sedap. Kat sini pon ada pasta yang sedap. Korang boleh cuba nanti!
Lokasi : No. J-G-95, Courtyard Plaza Jelutong, 5C, Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari dari pukul 5 petang sehingga 10 malam
Haaa.. macam mana? Terliur tak tengok gambar makanan kat atas nih. Sememangnya buat korang rasa lapar kan. Tidak mengapa jangan gelojoh. Korang boleh singgah satu persatu jika berkesempatan.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada korang dan pasangan untuk mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa tau kongsikan kepada pasangan korang dan di media sosial.
Oleh sebab korang dah terlanjur datang ke Shah Alam kan, apa kata korang luangkan masa bersama pasangan korang bermain permainan-permainan yang menarik di i-City Shah Alam kan?
Korang boleh tekan terus link disini --> http://bit.ly/2SQtFxb